Kelas Individu (Asas e-surat)

27 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong menerusi inisiatif penyelia telah menjalankan kelas ICT secara individu atas permintaan peserta sendiri. Kelas yang telah diadakan selama dua jam itu berkongsi serba sedikit tentang asas e-surat dalam aplikasi gmail.com untuk pekerjaan secara formal. Tuntutan kerja sebagai penyelia PDK Teng Bukap menyebabkan Pn. Angking perlu menguasai penggunaan gmail bagi memudahkan kerja sehariannya.
Di awal kelas, peserta dibawa untuk mendaftar akaun gmail khas untuk pekerjaan. Kemudian, peserta didedahkan dengan cara menghantar dan membalas email secara dalam talian. Seterusnya, peserta diajar untuk memuat naik dan memuat turun lampiran yang terdapat di email. Dalam masa sama, peserta dikongsi dengan cara penulisan ayat pengenalan untuk sesuatu email yang menitikberatkan perihal berkitan tajuk, tetapan dan lampiran yang hendak disertakan di sesebuah email.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
• Mendedahkan peserta dengan aplikasi gmail
• Membimbing peserta untuk membuat akaun gmail khas untuk pekerjaan sebagai penyelia PDK Teng Bukap
• Mempelajari asas e-surat
• Memuat naik dan memuat turun dokumen melalui akaun gmail
• Berkongsi cara untuk menghantar dan membalas email
• Membuat ayat pengenalan sesuai dengan tajuk dan tetapan email untuk merujuk lampiran

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali